My Beautiful Dream..: Kepentingan Memaafkan & Memaafi...

30 May 2011

Kepentingan Memaafkan & Memaafi...

Hari ni aku nk share satu info pasal memaafkan & memaafi..Kalau nak tau, amalan memaafkan ni banyak impak kepada kesihatan kita..kita selalu ambil mudah dan kurang menitikberatkan maksudnya..Amalan memaafkan membolehkan kita lebih fokus dan membantu diri kita agar lebih memahami orang lain. Dan yang paling penting memaafi bermakna kita memilih melepaskan kemarahan atau dendam dengan cara yang positif. Ini kerana dendam atau kemarahan yang t'simpan boleh mendedahkan kita kepada serangan jantung dan tekanan darah tinggi..

Apakah yang dimaksudkan dengan memaafi...?

Memaafkan atau memaafi mempunyai skop yang luas. Secara umumnya, memaafkan adalah satu keadaan di mana seseorang itu memilih untuk melepaskan kemarahan ataupun rasa tidak puas hatinya dengan cara yang positif iaitu memaafkan. Setiap manusia tidak akan t'lepas dengan pengalaman merasai disakiti atau dikhianati. Maka melalui tindakan memaafi, seseorg itu lebih fokus dan membantu diri agar lebih memahami seseorang.

Apakah kepentingan memaafi kepada diri...?

Kepentingan memaafi dlm kehidupan pastinya akan menyentuh seluruh aspek kehidupan.Walaupun kita nampak luaran seseorang tu nmpk normal tapi hakikatnya psikologinya akan mengalami gangguan jika masih menyimpan perasaan marah dan dendam dlm diri.Ini kerana kemarahan ibarat makanan yang diperam, semakin lama kemarahan yang sedikit itu akan berubah menjadi dendam yang dahsyat.
Memaafi akan membentuk hubungan akrab yang utuh. Kehidupan yang sejahtera memerlukan kasih sayang di antara manusia.Tindakan memaafi seseorang dipupuk melalui rasa belas kasihan, simpati dan memahami antara satu sama lain.Kemaafan merupakan sesuatu platfom yang sangat berharga untuk diberikan demi membentuk satu semangat yang bersatu dalam suasana harmoni.

Jika kemarahan dan dendam menguasai diri kita maka badan manusia cenderung melepaskan sejenis hormon bernama kortisol secara berlebihan,yang blh menyumbang kepada penyakit dan mengganggu fungsi badan dalam satu jangka masa yang panjang.
Bagi kesihatan psikologi dan mental pula, memaafkan seseorang boleh menjadikan seseorg lebih tenang dan mengelakkan tekanan.Dari situ kita boleh membentuk satu sifat positif. 
Setiap apa yang b'laku pasti ada punca dan penyelesaian.Dengan memaafi secara tidak langsung dapat mengawal diri daripada menggunakan alternatif lain yang boleh merosakkan diri bagi mengurangkan tekanan kemarahan seperti mengambil alkohol, dadah dan mencederakan diri mahupun orang lain.

Apakah yang harus dilakukan jika diri dibelenggu dengan dendam yang sukar memaafi...?

Nabi Muhammad s.a.w merupakan cth yang t'baik. Baginda pernah mengalami pelbagai cacian, hinaan dan tindakan yang menyakitkan tetapi baginda tetap memaafkan kesemua prbuatan tersebut. Didikla diri kita supaya lebih bersabar walaupun secara teknikalnya ia sukar dilakukan.
Kemantapan iman dan kekuatan diri memainkan peranan penting dalam melepaskan diri dari belenggu perasaan marah dan dendam.Secara ringkasnya, lupakan semua yang telah b'laku.Kenal pasti punca perbalahan dan salah faham.Pastinya punca perbalahan itu tidak akan berlaku dgn sendirinya,setiap kejadian pasti ada puncanya.Amalkan konsep 'buang yang keruh dan ambil yang jenih'.

Apakah memohon maaf menjamin perdamaian?
Tidak semua proses memohon kemaafan dan memaafi akan berakhir dengan perdamaian. Ini kerana setiap kejadian yang mengguris perasaan mempunyai tahap keterukan yang berbeza terutama melibatkan kematian atau kecacatan kekal dan sebagainya. Carilah alternatif lain yang lebih sesuai..





No comments:

Post a Comment

My Beautiful Dream Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign