My Beautiful Dream..: Warna apa yang sesuai dipakai setiap hari anda pergi bekerja...

26 May 2011

Warna apa yang sesuai dipakai setiap hari anda pergi bekerja...

Allo, assalamualaikum..kabare?waras..

Haaa...hari ni aku nk share some tips berkenaan warna baju yg sesuai kita pakai hari2 nk pergi keje.n yang paling cerewet pasal pemakaian ni of coz la perempuan.cuba tnya husband x pun adik beradik laki, mesti diaorng x kish sgt pasal pemakaian ni,asalkn kemas dan sopan.setiap orang mungkin ada cara tersendiri nak pilih warna mana yang ok,tapi kalau perempuan ni memang cerewet termasukla aku.hari isnin keje, hari ahad dh prepare baju apa yang sesuai,colour apa yang menarik, matching ke tidak dengan kulit...Tapi kalau memang baju kerja korang kaler BIRU setiap hari dah tak boleh buat apa ... So, untuk memudahkan keje korang, aku nak kongsikan berdasarkan info yang aku dapat masa attend kursus kat Putrajaya hari tu.Just a simple tips je..so sila la ushar2 ye...ni pun berdasarkan kajian je, t'pulang kat diri masing2 untuk percaya atau x..yg penting kita percaya dgn Qada dan Qadar je...

Kita mulakan dengan hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Jumaat, Sabtu dan Ahad...

(1) Warna baju yang sesuai pada hari Isnin adalah warna Putih. Warna putih dapat mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan azam yang baru. Biasanya hari isnin ni la hari kita menyelesaikan masalah yang tertunggak dan dengan memakai baju, tudung atau pun kemeja berwarna putih insyaAllah kita akan dapat bekerja dengan lebih efisien dan kreatif. Warna putih dapat merangsang kelenjar pineal (NW1) dan kelenjar pituitari (NW2) ianya akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. So, kena lah tidur awal kalau tak kita akan menjadi lemah semangat, lesu, letih, tak bersedia dan akhirnya malas untuk pergi kerja pada hari isnin.
2)Warna pink sangat sesuai dipakai pada hari Selasa.Warna pink ni ialah selalu dikaitkan dengan warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration Thalamus (NW3) iaitu ia dapat menjaga kasih sayang dan penghayatan.Lagi satu hari selasa adalah hari paling sesuai untuk meluahkan perasaan atau emosi kepada pasangan masing-masing. Dengan berpakaian pink, kita boleh memujuk seorang anak yang degil, isteri yang merajuk, pelajar yang nakal atau seseorang yang memberontak.Sebaliknya jangan pula pakai baju berwarna merah bimbang mereka akan menentang dengan serta merta dan meneruskan niat untuk merajuk dan menjadi lebih nakal

3)Hari Rabu pula kena lah pakai baju berwarna biru sebabnya ia dapat merangsang kelenjar Tiroid (NW9) dan merembes hormon throxine (T4) kepada paras yang optimum. Hormon ni pula dapat menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. So, masa ni adalah masa yang sesuai untuk korang nak berucap, berkata-kata, berhujah, bermesyuarat, berpidato dan sewaktu dengannya Korang ingat tak masa sekolah dulu, perhimpunan sekolah selalu buat pada hari rabu kan....dan yang ni korang boleh cuba n try dengar sendiri, kerana dikatakan kicauan burung lebih merdu pada hari rabu ni..kalau btl, sila la bagi tau yee...

(4)  Warna yang sesuai pada hari Khamis pula adalah warna Kuning atau warna Oren. Warna Kuning penting untuk merangsang sistem penghadaman. So, hari khamis ni dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk penghadaman yang berkesan dan mengembalikan zat dan tenaga untuk bekerja atau belajar. Asid folik dapat dihasilkan dengan banyak pada hari khamis berbanding hari biasa. So, kalau kita berdiet pada haritu, kandungan urik asid, lemak dan protein dapat dipecahkan dan ditukarkan menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.warna kuning dan oren juga dikatakan dapat merangsang kesuburan lelaki dan wanita dan amat sesuai la bagi yang dah berkahwin tu merancang zuriat pada hari khamis ni..hari khamis kan malam Jumaat...^_^

(5) Then hari Jumaat pula sebaik-baiknya pakai la baju kaler Hijau sebabnya ia dapat merangsang fungsi jantung dan paru-paru.so, hari ni sanagt sesuai untuk kita  melakukan senaman, bersenam dan beriadah sebab waktu tu oksigen paling banyak dibebaskan oleh aktiviti klorofil tumbuhan hijau yang sangat aktif dan kemuncak aktiviti klorofil ni berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke Barat iaitu sejam setelah atau ketika solat jumaat.

(6)  Warna Merah pula sangat sesuai dipakai pada hari Sabtu sebab ianya menyamai bahagian usus, otot, darah dan saraf kita . Organ yang berwarna merah ni paling banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh. Hari sabtu juga hari yang amat sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa kawan, bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya..bolehla bawa keluarga bersiar2 masa ni, lagipun kebanyakan orang yang bekerja pun cuti kan..

(7) Sampai ke hari terakhir iaitu hari ahad, warna yang sesuai adalah warna hitam atau putih, sama dgn hari isnin.Hari ahad ni hari untuk beristirehat k...Masa ni bolehla habiskan masa kat rumah atau buat family day ke..atau jalan2 dengan orang tersayang.Jangan la buat aktiviti lasak yang extreme sebab ia boleh memudaratkan tubuh dan menganggu sistem badan.Jadi, apa kata hari ahad ni simpan tenaga untuk menyambung keje pada keesokkam hari nya..

Ok la, dah bnyak jugk aku mencoret ni, jadi tips ni korang boleh la jadikan guide..mana yang rasa ok, ambik la yang patut dan abaikan je mana yang x patut..tapi kan aku sndiri pun sedih sbb bnyk color baju aku yg xde senarai dalam ni..huhuhuhu...

SeLaMat MenCuBaaa.....

.

No comments:

Post a Comment

My Beautiful Dream Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign