My Beautiful Dream..: Allah bayar cash je..

24 Jul 2015

Allah bayar cash je..

Bukan nak buka aib diri sendiri tapi sama-sama ambil sebagai pengajaran..

Malam semalam punya cerita, sapa tau cerita TV3 sekarang..tajuk dia Syurga Nur tu.aku dok melayan cerita tu..boleh tahan jugakla best. 
Bila sampai waktu Maghrib tak reti-reti nak solat..
padahal boleh je ko tengok kemudian kat Tonton kan..
Tapi aku tengok jugak sampai cerita habis..

Pkl 8.10 pm..tak bangun-bangun lagi, tapi dok melayan FB, wassap, main game..
Dalam hati aku cakap apa, dah nak Isyak baru solat(Maghrib)lahhh..

Tiba-tiba aku sakit perut..sakit perut yang memulas-mulas, siap berpeluh-peluh bagai.
apa lagi aku terus berlari ke toilet..macam tak cukup tanah dah
sampai-sampai je, krikk krikk krikk

Aku tak boleh langsung, rasa sakit tu tak payah cakap laahhh..memulas-mulas, menucuk-nucuk..sakit dia macam nak tertanggal pinggang..
Dah bengkokkan badan ke arah kiri pun tak jalan jugak..ni memang aku amalkan kalau time membuang..so far memang lancar je.
Tapi this time memang tak jadi apa...
Aku dok memikir, knp perut sakit macam tu sekali..aku salah makan ke..siap ingat keracunan bagai
Adalah 20-30 minit aku bertapa, baru setel
Sampai kebas weii kaki..toilet cangkung kan..

Lepas ambik wudhu semua, aku naik atas, aku tengok jam tepat pkl 8.40, lagi 5 minit nak Isyak..
Hambikkk ko, memang Allah bagi betul apa yang aku cakap tadi
Nak sangat solat Maghrib dekat waktu Isyak kan..

Ya Allah,
aku tau aku salah
ampuni hamba-Mu ni Ya Allah..
Masih banyak kelemahan diri ini yang perlu diperbaiki..


Nota Kaki : Godaan syaitan di mana-mana saja...





Komen
1 Komen

1 comment:

My Beautiful Dream Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign